Sabtu, 25 April 2009

SYARIKAT NINA GLOBAL

Nina Global Enterprise(NGE) merupakan sebuah perniagaan yang dijalankan secara perkongsian. NGE ini telah ditubuhkan pada 16 Mei 2007 (no. Permohonan 2667/2007) dan telah didaftarkan di pejabat Daerah Kota Belud. Syarikat ini menjalankan perniagaan dalam skop peruncitan dan perikanan. Berdasarkan perancangan yang telah dibuat, pengurus menganggarkan sebanyak 55% pulangan diperlukan bagi menampung keuntungan syarikat. NGE beroperasi di kawasan pekan Kota Belud, Tuaran, Telipok, Tamparuli, Menggatal, Inanam, Sepanggar. Likas dan Pasar Besar Kota Kinabalu. Syarikat ini aktif didalam perniagaan perikanan, selain sebagai pemborong ikan syarikat ini turut menjual ikan masin, ikan bilis, sotong kering, udang kering. NGE mempuyai kelebihan yang tersendiri dalam menguruskan perniagaan dalam bidang perikanan kerana konsep yang di utarakan adalah berbeza dengan para pesaing . Syarikat kami amat mementingkan kualiti dan mesra pelanggan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan